"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."
Showing posts with label auta fakta. Show all posts
Showing posts with label auta fakta. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

:: letak katak bawah tempurung kelapa ::

seriusly kalau orang baca mesti akan fikir pepatah 
" macam katak di bawah tempurung " maksudnya orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya...
tapi ni lain plak...
malam tadi duk sibuk nak tetap kan tempat nikah konon-kononnye..huhu tunang tak lagi..tapi kami da rancang sampai ke nikah.. 
tak macam ni..aku nak nikah kat rumah je kot..tapi dia nak nikah kat masjid..tapi aku ikut je la mana-mana pun boleh ...
salah sebab aku tak nak nikah kat masjid takut aku period je..jadi tak nak la nikah tak masjid..kan orang tak bersih tak elok masuk masjid kan..jadi better nikah kat rumah je la..
tapi yang mR hati plak seeloknya dia kata nikah kat masjid..sebab nikah kat msjid untuk elak dari kene sihir..erk memang macam tu ke
ha?takut plak aku..dia kata takut ada orang cemburu tak bagi kawin die sihir dengan letak katak bawah tempurung..dan secara automatik penganti lelaki tak boleh buka mulut utnuk angkat nikah..sampai la majlis gagal...
owh memang menakutkan kot....
jadi aku mencari lah doa-doa untuk elak dari kena sihir..

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
 
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

8) baca ayat qusi sebelum tidur atau nak kemana-mana sahaja




org sekarang macam-mcam dia boleh buat untuk medapatkan sesuatu..jadi kite perlu elak dari semue itu..apa-apa pun yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kita sendiri..

Wednesday, October 26, 2011

-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.

Wednesday, October 19, 2011

:: bukan mudah nak jaga kanak-kanak ::

siapa kata jaga budak-budak ni mudah..angkat tangan dan kaki!! huhu..

kalau ikut zahirnye apa yang kite tengok macam mudah je kan jage budak-budak ni..macam senang je kan..sebab dorang kan dengar kate..x melawan cakap..ikut je ape yg kite kate...ops!!

itu budak-budak zaman tok kaduk dulu..zaman aku kecik-kecik dulu..ye memang aku tak nafikan yang dulu-dulu budak-budak dengar kate..senang nak lentur...tapi sekrang ni..

cakap sekali je dengar..pastu buat-buat tak dengar..telinge tu ntah letak mana..yang lebih meyakitkan hati bile mereka sudah pandai menjawab..memang la sekrang ni zaman da moden..tapi da macam kurang ajar plak..sebab cara itu akan di bawa sampai ke besar..

kawan aku punye pembantu..kene darah tinggi sampai 200 huhu sebab kena jage budak..sebab budak tak dengar kata...memang la segelintir kite akan cakap..
"ala budak-budak lagi..tak tahu ape-ape "
daripada budak la kite nak ajar sebenarnye..bile da besar nanti mereka tak makan saman ape yang kite cakap ni percaya la..

tapi alhamdulillah la pelajar yang aku jaga ni masih terkawal belum ada yang melawan..tapi bila kena take over kelas lain..aduh memang nampak perbezaan..bukan lah nak kate ank didik kite ni baik..tapi da ramai orang kata macam tu..

jadi renung-renungkan dan selamat beramal..huhu


luv is cinta

Tuesday, October 11, 2011

:: Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa ::

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 




Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”




by : solat-istikharah-tata-cara-dan-doa

:: salah itu pengajaran pengalaman ::

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, October 7, 2011

RINGKASAN BELANJAWAN 2012


1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.
2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.
3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.
5. RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.
6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.
7. Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.
9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.
10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.
11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
13. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.
14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
15. Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.
16. RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.
17. 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
19. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.
20. Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
21. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
22. Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.
23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.
25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.
26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
27. Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
30. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.
31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.
32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.
33. KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.
34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
36. RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.
37. Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.
39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
40. Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.
source : ABGTEROR.COM

Wednesday, October 5, 2011

:: sakit pinggang sebelah kiri ::

DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri.

Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit.

DARI apa yang saudara ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal. Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.
Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.
Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.
Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.

Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.
Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat
Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.
Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing .Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan



Kesan negatif akibat masalah tulang belakang



1. Osteoporosis (bagi wanita)

2. Stress

3. Migrain

4. Rabun dekat/jauh

5. Sakit mental

6. Lemah tenaga batin

7. Kurang aktif atau kurang stamina

8. Cepat letih

9. Cepat marah

10. Lambat berfikir

11. Sakit pinggang

12. Masalah buah pinggang



Faktor Diska Tergelincir



* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.

* Melompat dari tempat yang tinggi.

* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.

* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

* Sering melakukan aktiviti lasak.



Simptom



* Sakit bahagian belakang pinggang.

* Sengal dan kebas punggung dan kaki.

* Lemah kaki.

* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.



Rawatan



PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.
Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.
Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.



Tahukah anda?



SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.



Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.
•Elak baring terlalu lama.

Mengurangkan sakit belakang
•Berehat.

Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.
Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
•Mandi air suam

Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
•Menggunakan tilam yang sesuai

Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
•Ambil aspirin

Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
•Relaks

Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
•Gunakan kusyen

Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
•Berenang

Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

•Mengangkat barang dengan cara yang betul

Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
•Kawal berat badan

Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

:: mintak tolong kaum wanita ::



Tolong sebarkan ke semua kenalan & e-mail rakan2 anda, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. ramai orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada di dalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Allah. Menjijikkan.Kirimkan ke semua wanita!!!CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!!Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh dipayudara sebelah kirinya, tiada siapa yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah ia kembali, ia menemui doktor kerana sudah mulai rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya,doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, dia mulai mencari doktor2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosis infection apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.

Susan terkejut,setelah ia membuka, mereka lihat Larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat >larva< ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang dia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan cannal susu payudaranya TOLONG SEBARKAN PADA KAUM WANITA!!! subhanallah.......

Tuesday, September 13, 2011

:: PERKARA YANG PEREMPUAN PERLU TAHU JUGA DARI LELAKI ::

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3.Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6.Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9.Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11.Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
12.Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14.Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16.Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18.Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Friday, August 12, 2011

:: ADA 12 BARISAN MANUSIA.. ...::


barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka"




barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia
mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang
rusuk."
rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu




barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah
balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka




barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari
mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
datang dari sumber yg halal.




barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti
bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka




barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari
badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.




barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran




barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah &
kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"




barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya




barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak &
dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.




barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.




barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan
purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."





BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil

berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia

Saturday, July 30, 2011

:: saya tak sengaja ::

 seriusly menitis air mata aku bila tengok berita malam tadi dan juga baca surat kabar pagi tadi.....memang sedih sangat............
baca nie......





KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.
Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.
Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.
"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.
"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.
"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.
Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Saturday, July 9, 2011

:: ape tu senaman Isometrik ::

ailo semue...gud morning..pepagi lagi da berblog..hihi....
ok balik pada entry le.....Isometrik ni pebenda bedah oi......

ok senaman Isometrik

bermaksud menolak sesuatu yang tidak bergerak untuk meningkatkan resistensi tubuh.Senaman ini sangat bagus untuk membentuk otot dan meningkatkan tenaga.Jika senaman ini digabungkan dengan aerobik dan latihan kekuatan,ia mampu menghasilkan sebuah latihan yang sangat baik.Senaman Isometrik yang bertujuan untuk menguatkan kaki bakal menfokuskan kepada bahagian kuadrisep(bahagian depan peha),glutes (bagian belakang, otot bokong dg lesung pipi-nya) dan hamstring (urut pelipat lutut)

Tuesday, July 5, 2011

: gule-gule lolipop..bahaye juge ye ::


kebanyakkan gula-gula dan snek yang manis dipenuhi dengan kandungan gula yang tinggi.Secara tidak langsung ia boleh meningkatkan paras asid daripada bakteria di dalam mulut.Gula "lolipop" dan gula-gula getah adalah punca penyebab kerosakkan gigi yang plaing UTAMA kerana ia terus mengenai gigi apabila di makan ,bahkan air liur pun sukar untuk mencucinya,Sebaiknya usah berlebihan dalam pemgabilan sesuatu jenis makanan..

Thursday, May 26, 2011

:: jangan pentingkan diri sendiri ::

erm kalau kita nak kat lebuh raya dan drive melebihi had laju 110km/j...lalu lah di laluan sebelah kiri....dan bile ade excident atau jalan sesak bersabarlah jangan sesekali lalu dilaluan kecemasan..takut nanti bile kite lalu di laluan kecemasan masa ambulans lalu nanti akan meyesakkan lalu lintas lagi,kesian pada mangsa yang kesakitan nanti sebab lambat dapat rawatan.bila kite memotong pulak pastikan bagi lampu singnal bagi orang belakang faham dan bagi laluan,jika da dapat jalan tu jangan lupa untuk angkat tangan.....jadi jangan pentingkan diri sendiri.serta patuhi undang-undang untuk kepentingan orang ramai dan juga diri sendiri...ingatlah orang tersayang...

Luv....

Sunday, May 1, 2011

:: selamat hari pekerja::

salam..selamat pagi u all..hihi..
salam sayang 
selamat hari pekerja pada yang da bekerjaya...
yang tengah buat kerja..sedang buat kerja yang nak kerja tu..
 cuti-cuti la..ri ni..
rehatkan minda anda..hilangkan stress..hihi 
daaaaa.......

luv

Saturday, April 30, 2011

:: perlu ke bomoh-bomoh::

siapa kat sini sayang keluarga angkat tangan..ops sori aku tak nampak...
ok siapa kat cni sayang suami sayang pakwe sayang kekasih semue la bagai yang anda anda sayang???..

kalau kita sayang seseorang tu patut ke kita bomoh mereke-mereke dan mereke...
ok semue orang tengok tak citer ni mantera anjasmoro...citer ni setiap ahri khamis pada jam 9.30pm...memang agak meyerankanlah..bagi aku sebab antu-antu ni bt aku kecut perut sikit..n terkejut-terkejut..hoho...penakut

ok citer tu pasal perebutan cinta seorang lelaki....ha suami orang dirampas kawan baik isteri sendiri..ok tu pada asal cerita la...ok nak tahu citer lanjut kite tunggu hari khamis ni ok..

ok berbalik pada entry asal kite tadi..patut ke kita nak bomoh orang yang kita sayang..sayang tu sementara Allah boleh tarik balik semue tu...memang kita akan ikhtiar banyak perkara......selain doa..

tapi dengan cara bomoh tu..salah dan berdosa sama sekali..syirik..dan kemungkinan akan jadi murtad.kerana mEN2kan ALLH...kerana juga ianya kepercyaan karut pada pertolongan mahluk seperti jin...jin ni mula-mula je akan tolong kita buat tu buat ni..dan kita mula-mula juga mampu untuk mencapai keinginan JIN tersebut..tapi sampai bile....sebelum buat fikir dulu...sebab bila kita buat lambat laun ia akan terkena pada diri kita sendiri...cume cepat atau lambat je..PERCAYA LAH


bagi para isteri..sayang suami kita berpada-pada...doa banyak-banyak supaya suami kita sentiasa sayang pada kita dan juga setia..berdoa-berdoa-berdoa seterusnya tawakal...cari idea cam mana nak pikat suami kembali bila pasangan dah mula low dengan kita...buakn dengan cara bt nasi kangkang la..minum air rebusan mandi la..pe semue kejadah yang karut-karut dan KOTOR!! yek..!!
aiyak cara cam da berumah tangaa je kan.tu semue tips n pengalaman mereka yang telh diturunkan apda aku..

ok pada pasangan yang belum lagi berkahwin.ingat DOA itu senjata utama utuk kita kuatkan lagi hubungan...senjata untuk melawan segala kejahatan..tapi kalau dia bukan jodoh kita..janagn risau...DIA selalu ada pada hati kita...tak yah lah nak bomoh..pakai minyak dagu ketua kamgpun yang d amati la..gune minyak gune-gune la..tu la ini la...da tak de jodoh nak buat cam ne..kalau dia jodoh kita jauh mana pun kita berlari kita pergi pasti jodoh tu dekat juga dengan kita...percaya la..

kita tidak akan tahu siapa yang yang cemburui kita..cemburu yang melebihi batas.cemburu kebahagian kita..cemburu buta sampai mati..ngeng..hoho..
jadi hanya berdoa serta berusaha..tak perlu bomoh-bomoh ni...

bila kita gunakan bomoh ..hubungan pada mula-mula memang berkesan..menjadi..tapi lama - kelamaan akan jadi murung...ada saja ynag tak kena...percayalah..

semue kejadin tu ade hikmah yang tersembunyi.. hikmah yang akan bawa kepada kebahagian yang tulus dan selamanya..amin...

ok..

KUATKANLAH HUBUNGAN KAMI NI YA ALLAH...

LUv.. 

:: perhatian pada yang suke ambik snap-snap gambar gune hp::

salam untuk semue..

erm ok zaman sekarang ni hp tu perkara mudah nak dapat bukan.... paling cikai harga dalam RM 80..tu pun ade lagi yang murah kan..budak-budak darjah 4 darjah 5 pun da ade hp..tak cam aku dulu form 5 baru merasa pegang hp sendiri..huhu kecian..tak penting pun masa tu jadi sambil lewa je la..tak cam sekarang ni..orang keje low-low pun hp dia ade wifi..sebab da murah ..semue mampu miliki..
ok pada yang ade hp berkemera tak kesah la hp mahal ke murah...dan pada yang suka ambik gambr gune hp tu berwaspada la ok...

bila ambik gambar tu ambik bende yang baik-baik,yang senonoh-senonoh,yang sopan-sopan yang elok-elok je la..

..tahu kenape?? aku suruh cam tu?? 
tak tahu kan..jadi aku nak gitahu la nie...

..sebab bila kita tak mahu hp tu lagi kita akan buang kan...tak pun jual kat orang lain atau jual..
ok bagi yang jual kat orang o buang tu tidak ade  banyak sangat masalah..
ini bagi pengguna yang menjual hp nyer di kedai..kedai hp apek kedai hp ah lin..dan lain-lain la...ianya sangat membahaye kan..tahu kenape...

ok bahaye pada pengguna yang suka ambik gambr BOGEL ..iskh x de keje betul.nak buat kenang-kenangan ke ape..haha..x pun gambar-gambar seksi o gambar lucah o yang buruk-buruk la...
walaupun anda anda dan anda kata da delte da gambar tu o da padam ..sebenarnya ianya masih ada lagi dalam cip di hp tersebut...


ianya sangat bahaye...sebab sebelum hp tu nak di jual kembali tokey-tokey kedai hp itu akan format balik segala ape yang ade pada hp tersebut..tapi sebelum format mereka akan tgk segala ape yang ade dalam cip tersebut...godek-godek dulu...jika ada pic/gambar yang boleh di jual atau disebarkan di internet maka mereka akan sebar kan...
jadi sebab tu kadang-kadang kite terfikir..
"bila mase plaak aku ade letak gambar kat internet ni..tibe-tibe je ade...aiyak...."

selain dari bltooth...infra red o by email cara cam tu juga gamabr kita boleh tersebar okey.. 

INGAT


fikir-fikirkan dan selamat beramal....

luv...

Friday, April 29, 2011

:: cantik tapi menyakitkan:: kanta lekap@contac lanc

salam semue..da makan ke??aku da makan da tadi..nasi lemak ayam simpang raba...hihi

orait entry malam ni..about cantik..ape yang cantik??muke la...selalu la yang disebut-sebut perempuan..kat mane-mane pun..soh seh soh...bla bla..eh die x lawa..wei die comot..e cantik nye..ha cam tu la reaksi bile nampak perempuan...bukan aku tapi dok orang lain le..hihi...
cantik tapi meyakitkan?? ape tu..ha tgk gambar nie..



ha tahu tak pebende tu..tu la kanta lengkap..contac lans...memang lawa..cantik..comey...bile pakai namapk cam anak mat saleh celup mate wane kuning hijau semue la bagai..

erm memakai kanta lekap ni..ade kelebihan dan juga keburukannya tau..mungkin ade yang tahu dan ade juga yang belum tahu......

kelebihan memakai kanta lekap

> CANTIK
> LAWA
> RINGKAS

keburukan memakai kanta lekap

> mata menjadi merah 
> boleh buta
> kanser mata


ok tu kelebihan n keburukan yang ringkas la...

ok bukan nak menakut-nakutkan pengguna..memnag cantik semue bagai..tapi kena fikir baik buruk pemakai tersebut..serta kena tahu lebih fakta penggunaan nye.... bukan ke yang ori itu lebih cantik..


Tip ringkas bagi penguna yang baru
 

>>Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

>>Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.


>>Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

>>Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

>>Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

>>
Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.


 
ok kalau nak tahu lebih lanjut klik klik di bawah nie..
 
 
 
  
 
 
 
Sumber : Berita Harian
 
 
luv....

Friday, April 22, 2011

:saka:

APA ITU SAKA?

Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?

*Berikut adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet.

***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?



APA ITU SAKA?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.


Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.


Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.


Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.


Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.


TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.


Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.


ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.


1. Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
2. Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
3. Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.


Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.


BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?


Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan


Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.


Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.


Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua .

Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.


Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.


Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

Wednesday, April 20, 2011

:: emas ...emas..emas...::

Sedikit fakta tentang emas:

Jenis-Jenis Emas kuning di Pasaran:

1) E999 - mempunyai kandungan 99.9% emas
- tidak di campur dengan bahan-bahan lain (pure emas)
- juga dikenali sebagai E10 & E24K (Emas Dua Puluh Empat Karat)

2) E950 - mempunyai kandungan 95.0% emas
- 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
- di kenali juga sebagai E23K

3) E916 - mempunyai kandungan 91.6% emas
- 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sebagainya
- juga dikenali sebagai E22K
- amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas

Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain-lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.

Hukum bagi lelaki Islam memakai emas putih adalah haram. Sunnah Nabi adalah barang perhiasan perak utk lelaki (contohnya cincin perak)

mai-mai tukar link