walau kita kuat mana pun kawan-kawan..kita pasti perlukan seseorang untuk mendengar segala kesedihan,rintangan,kegagalan,keseronokkan,kebahagiaan...dan sebagainya...janganlah berlagak cam boleh handle sendiri tanpa bantuan orang lain...kita hanya manusia yang lemah..
Yang pasti kita juga bukan seorang di sini..kita sentiasa dekat dengan Yang Esa...dia sahaja yang boleh melaksanakan pelbagai permintaan Dia juga yang boleh menyelesaikan masalh kita..
Orang lain hanya mampu mendengar dan kadang-kala bila kita bercerita masalh kita pada orang lain kepala otak kita akn lega sikit...dan akan rasa kosong walaupun untuk seketika...walaupun orang itu tak boleh buat apa-apa..
Ingat kawan kita hidup bukan keseorangan..
Berdoa dan tawakal...
Luv is cinta
Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Saturday, June 11, 2011
Saturday, May 21, 2011
:: kelebihan ayat kursi ::
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
• Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
• Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.
• Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
• Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
• Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
• Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
• Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., "Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Setiap lelaki dan wanita (khasnya untuk isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang daripada syaitan ,jin dan manusia seperti :
• dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
• terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian.
• dijauhkan daripada malapetaka jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya daripada Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah
Friday, March 18, 2011
:: kata-kata ::( 10 )
Anggaplah jodoh yang diberikan ini sebagai amanah dari ALLAH.
Serta bukan sekadar permainan cinta manusia yang dikaburi oleh berbagai desakan naluri..
mungkin hikmah disebalik cinta ini menjanjikan seribu kebahagian dunia dan akhirat
bukan dunia semata-mata..
.
:: kata-kata:: ( 9 )
WANITA
dijadikan dari tulang rusuk kiri
bukan dari tulang kepala
untuk memerintah lelaki
dan tidak juga tulang kaki
untuk menghamba diri pada lelaki
tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki
untuk merasai setiap degup jantung lelaki
yang mencintainya dengan penuh rasa
kehormatan dan kasih sayang
:: kata-kata:: (8)
kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita...
kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan..
puas kita menanggis mencari mana orang kesayangan kita..
rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkn kita kerinduan yang berpanjangan..
:: kata-kata:: (6)
Tuhan tidak menjadikan hari-hari tanpa sakit,
Tertawa tanpa kesedihan,
matahari tanpa hujan,
tetapi dia menjadikan kekuatan utk hari itu,
kebahgaian untuk air mata dan
terang dalam perjalanan..
:: kata-kata:: (5)
cintailah kekasihmu dengan sederhana,
kemungkinan suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu benci
dan
bencilah orang yg kamu benci dengan sederhana.
kmungkinan suatu hari nanti dia akan menjadi kekasihmu
:: kata-kata:: (4)
air mata takkan mengalir kalau hati tak terluka..
ketawe takkan wujud kalau hati tak terhibur
rindu takkan hadir kalau hati tak menyayangi sayang takkan berputik kalau hati tak mengasihani..
:: kata-kata:: (3)
apabila aku kesepian..hiburlah aku dgn suaramu..apabila aku sakit ubati aku dengan rasa kasih sayangmu..apabila aku mati jgn mandikan aku dengan air matamu..apabila aku terkubur..,kuburlah aku dlm hatimu dan apabila aku tersesat,selamatkanlah aku dgn doamu..
Thursday, March 17, 2011
:: kata-kata:: (2)
bila kau dicintai maka setialah....
setialah kau mempercayai insan itu..
bila kau sayangi maka ikhlaslah kau menyanyngi dirinya....
dan bila kau dipercayai maka jujurlah....
kau mempercayainya....
kerana cinta yg suci itu datang tanpa mengikut musim...
tanpa tanda....
dan tanpa pentunjuk....
ianya datang hanya sekali...
hargailah dirinya kerana yang terbaik hanya datang sekali ..
dan
jika ia pergi ia tak kan kembali lagi...
setialah kau mempercayai insan itu..
bila kau sayangi maka ikhlaslah kau menyanyngi dirinya....
dan bila kau dipercayai maka jujurlah....
kau mempercayainya....
kerana cinta yg suci itu datang tanpa mengikut musim...
tanpa tanda....
dan tanpa pentunjuk....
ianya datang hanya sekali...
hargailah dirinya kerana yang terbaik hanya datang sekali ..
dan
jika ia pergi ia tak kan kembali lagi...
:: kata-kata:: (1)
hidup ini susah kita nak duga
kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tu..
tapi....
sebenarnya jauh....
walaupun kita dapat capai dan gengam tangan dia....
tapi....
belum tentu hati dia kita dapat selami ...
mungkin......
kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa.....
tapi....
kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya ..
bila dia menanggis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya....
walhal.....
kehadiran kita laangsung tak di senangi....
rencah dunia kita takkan tahu siapa orang yg kita sayang di dunia ni....
nukilan : senyum cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)