"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

:: fly lagi ::

salam... sudah lama tidak post yang menarik-menarik kat blog ana ni.. makin lama makin malas nak update hihihi....

jom tengok gambar masa ana kat kulim minggu lepas... pergi sana untuk lawat bakal pak mentua nak buat lanser mata sebab ada selaput mata... sambil-sambil tu pergi bercuti dan cari butik andaman...
ni kitorg bermandi manda di ayaq terjun paip pe ntah lupa namanya....huhu syarul duk menjaga anak-anak manakan dia yang duk berani-berani nak g tempat yang dalam..bahaya tu..

ok ni salah satu baju yang ade kat butik tu..harga yang dibagi sangat-sangat berpatutan untuk ana yang bajet ciput... ok baju kat sana ana akan anta disgne dalam bulan 11 or bulan 12 nanti.. dapat baju baru....weiii nanti ana akan inform berapa rm dia bagi kat ana.

disana ana memang tak masak..bukan tak reti masak (sebenarnya ye pun ) hihi semua syarul yang masak..dia msak sangat la sedap..untuk ana yang rasa lah..ana duk tolong tengok je kat sana..yang lain dia masak dia beli barang..semua dia..beruntung bila dapat bakal suami pandai masak ni..hihi

ni dengan anak manakan dia yang kecik perempuan sorang je beruntung bdak ni kasih sayang dapat lebih sebab dia sorang perempuan..hihi


ok itu sahaja ceritanya... balik sini masing-masing demam sebab penat...hahah

salam

Tuesday, July 5, 2011

:: di sebalik pertemuan pertama::

wah !!  bagi yang dating-dating untuk pertama kali pasti dok berdebar-debar bukan..huhu..hensem ke die..cantik tak die...nak pakai baju ape..make up cam ni okey ke..nak ajak pi mne....duit cukup ke nak blanje kedai mamak ni..hihihi..tp tu semue bukan persoalanya  kalau hati da sayang...
ok di sebalik pertemuan peratam itu korang semue tertanya bukan apa yg bermain di kepala otak jejaka yang kite jumpe tu...menurut kajian oleh loisel-Fuey dalam buku Real People ,Real Answer seramai 1500 lelaki telah disoal dan hasilnya sepeti berikut :

96% lelaki tidak mendekati wanita kerana bimbang cinta ditolak

 67% lelaki lebih mementingkan tingkah laku wanita berbanding dengan penampilan

63% lelaki lebih suka wanita yang berisi daripada berbadan langsing


hihi cam tu sekali ye..okey  bagi perempuan yang berbadan gempal chubby2 cam aku ni tak yah la takut dan sibuk-sibuk dan kuruskan badan teruk-teruk..sebab da ternyata ada juga jejaka sayang juga kat kita....pasti akan laku gak..kurangkan berat badan untuk elak sakit n kawal kolestrol dalam badan..hihi
luv is cinta

Saturday, March 5, 2011

:: kongsi-kongsi x salahkan::

salam ai all...erm citer pasal ape plak ni kongsi-kongsi..kongsi-kongsi ape..macam-macam betul la...

kongsi makanan je nak citer...erm nak tahu tak aku sebenarnya jeles dengan mak abah aku tu sebab ape sahaje yang mereka makan atau pun mereka minum mereka akan kongsi bersama...sorang tolong mkan sorang tolong suap sorang tolong perhabiskan..hihi kat mana-mana je la..kat rumah kat kedai kat warong mamak..hihi mungkin tu la kunci kebahagiaan mereka selama 27 tahun berada di alam perkhawinan..alam rumah tangga...

erm tadi dok msej-mesej la dgn mR hati..topik kongsi makan dan minuman...huhu mesej punye mesej..jeng jeng..kami serupa tiada masalah untuk kongsi semue tu..erm jumpe kadang-kadang jadi kami pun x pernah berkongsi ape-ape maknanan...kongsi selepas kawin la..rapatkan lagi hubungan...huhu 
ye la ade sesetengah orang...kongsi-kongsi benda cam tu menjijikankan kerana punya air liur la..punye bakteria la..macam-macam bukan...jadi ada sesetengah orang tak kisah utk semue tu...

macam aku ni x kesah sangat kongsi-kongsi makanan ni...erm tapi korang semue jgn la berkongsi makanan dgn org yang hisap dadah la pe la....org yang bukan-bukan...erm..
serupe macam kite kongsi makanan dalam dulang....kan banyak tangan yang makan...erm same je la...
berkongsi ni adalah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang....saling tolak ansur dan memahami antara satu sama lain...

erm tu nak kongsi dgn korang semue..hihi

Friday, February 11, 2011

:: doa untuk suami dari istri solehah::

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekir anya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl ah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Se kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya ...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekir anya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurn iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaa nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sek iranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbingla h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


p/s:: berharap dapat jadi isteri solehah yang mendengar kate yang tak derhake dan sebagainyer...amin...

Wednesday, December 29, 2010

::Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ::


Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:


“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.


*

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.


*

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.


*

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.


*

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.


*

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


semoga ALLAH redhoi kebahagiaan kami...aminn......




Tuesday, December 14, 2010

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, November 24, 2010

::Hanya kamu::

Tiada yang mampu untuk ku bicarakan bila hati ini sentiasa berbisik tentang kekasih hati.keadaan dia,tentang die,kerier die,semua tentang dia,hati dia,perasaan dia..semua.hati ini hanya padanya.tiada yang lain.hanya dia sahaja yang faham keadaan diri ini.walaupun diri ini tidak faham tentang dirinya,yang pasti hanya dia…..

Walaupun sentiasa buat dia tiada mood,fikir bukan-bukan,buat dia marah,tapi dia tak pernah nak tinggi suara dengan diriku kerana hormat terhadap diri ku.tapi aku.erm..penah sekali diri ini jadi seorang pendiam bila menghubungi dia.dia jadi tak senang dan sentiasa minta maaf jika ada buat salah.padahal tak ada pape pun cume nak jadi pendiam tapi dia tidak selesa bila aku ingin berubah seperti itu.dia kata lebih baik membebel dari diam seribu bahasa.rasa macam kelakar.orang lain yang nak berubah dia yang tak senang hati. “jadi diri sendiri wahai sayangku” jadi walaupun kadang-kadang tiada topic untuk berbual kene bercakap juga..dia rindu aku tahu itu tapi dia lebih menyepikan diri untuk mengatakan rindu.aku sahaja yang akan menyatakan hasrat rindu ini setiap masa. “papa,sayang rindu papa”.erm

I praise Allah for sending me you my love,And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong,Everything changed when you came along
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu,Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti,Bila tiada mengganti,Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam,Hanya kau ku terbayang,Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka,Kamulah yang pertama,Tak mampu aku,Bayangkan Hidup tanpa dirimu

Friday, November 12, 2010

::Cinta dan kawan-kawan::

1 hari,
cinta dan kawan berjalan-jalan dalam kampung,
tibe-tibe…..
cinta terjatuh dalam telaga,
kenapa ??
kerna cinta itu buta,
lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga
kenapa??
kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta..
di dalam telaga cinta hilang
kenapa??
cinta itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga…
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap,
sedangkan kawan masih lagi dicari-cari dimana cinta
dan terus menunggu
kenapa??
kerana kawan itu sejati dan akan kekal selamanya..


Friday, October 29, 2010

perihal cinta

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. 
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, 
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
 

 
Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. 
Karena tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita 
daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai 
diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain


Tuesday, October 26, 2010

:10 PETANDA DIA JODOH KITA.......:

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad

:cinta:

"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk
dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas
datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."

"Jodoh itu ade 3 jenis:"
"Jodoh yang diilhamkan SYAITAN, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan,
berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya HAMIL
dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan JIN, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu MENYIHIRKANNYA dan MEMBOMOHKANNYA untuk berkahwin dengannya."
"Jodoh yang diilhamkan ALLAH, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan
cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi PERMAISURI RUMAHTANGGA MU"

"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

mai-mai tukar link