"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Wednesday, April 20, 2011

:: emas ...emas..emas...::

Sedikit fakta tentang emas:

Jenis-Jenis Emas kuning di Pasaran:

1) E999 - mempunyai kandungan 99.9% emas
- tidak di campur dengan bahan-bahan lain (pure emas)
- juga dikenali sebagai E10 & E24K (Emas Dua Puluh Empat Karat)

2) E950 - mempunyai kandungan 95.0% emas
- 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
- di kenali juga sebagai E23K

3) E916 - mempunyai kandungan 91.6% emas
- 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium & sebagainya
- juga dikenali sebagai E22K
- amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas

Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain-lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.

Hukum bagi lelaki Islam memakai emas putih adalah haram. Sunnah Nabi adalah barang perhiasan perak utk lelaki (contohnya cincin perak)

No comments:

There was an error in this gadget

mai-mai tukar link