"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Friday, February 25, 2011

:: kecik-kecik lagi da kurang darah::

salam semue..tadi petang aku dok pi hospital....senarnya nak pi tempat lain da alang-alang lalu depan hospital pi la singgah jumpa adik sepupu....die ni setiap 2 bulan sekali rasanya kena pergi ke hospital untuk masuk darah..kesian wei baru 6 tahun..dari kecik sampai la dia besar doktor tak dapat lagi sah kan punce sebenarnya kenapa darah dia akan berkurang lebih-lebih lagi pabila dia demam...erm
budak nyer yg terselit tepi tu....huhu sara namanyer..

dengan keadaan die yang macam tu kadang-kadang nampak sihat kadang-kadang namapk pucat...kesian kecik lagi..menggangu pelajaran lagi ye la dok kena tahan kat hospital je...


Apakah Kurang Darah?

Kurang Darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa.Dalam istlah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus Haemoglobin.

Apakah yang menyebabkan Kurang Darah?
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
Kurang memakan makanan yang lazat dan yang mengandungi zat besi
Ibu yang kerap bersalin
Jangkitan cacing
Pendarahan dari faraj atau buasir
Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing ,penyakit limpa, demam malaria
dan penyakit barah.

Bagaimana seseorang tahu ia yang mengidap Kurang Darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah :-

Kelihatan pucat
Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
Rasa mahu pitam bila bangun
Sentiasa rasa pening
Bengkak kaki dan muka
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana Kurang Darah boleh dikesan?

Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah puan kurang dari 9 gm peratus  dianggap mengalami kurang darah.

Apakah akibatnya apabila Kurang Darah ini tidak diambil berat?

 mungkin mengalami keguguran
Melahirkan anak tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
mudah mendapat jangkitan penyakit
Keluaran susu badan akan berkurangan
 mudah mendapat penyakit lemah jantung
mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin

Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan puan serta kandungan puan dan boleh membawa MAUT

Bagaimanakah puan boleh mengatasi keadaan Kurang Darah ini?

 harus mengambil langkah-langkah berikut:-

Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit
Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian,telur,ikan basah,daging hati,kerang dan tauhu.
Rehat dengan cukup
Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila puan mengalami tanda-tanda kurang darah.
Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan



LAGI TENTANG DARAH MERAH.............

 

Definisi

Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah.

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12K

Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin.
Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang   normal, penghasilan sel darah putih dan platelet.

Gejala:
Hilang selera makan.
Cirit-birit.
Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut.
Pucat.
Sesak nafas.
Keletihan yang teruk.
Lemah badan.
Mulut dan lidah terasa sakit.


Faktor Risiko:
Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.

Pencegahan
Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang.
Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

Penjagaan sendiri

Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.
Makanlah makanan yang kaya ferum seperti daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering. Elakkan memakan hati
Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.
Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.
Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.
Berehat dan tidur secukupnya.

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas info. Menarik untuk dikongsi.

mai-mai tukar link