"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Thursday, February 24, 2011

::adab dijalan raya::

 erm jom ikut tips ni>>>




Pejalan kaki:





  • Beri laluan kepada pejalan kaki






  • Pandu dengan berhati-hati apabila melepasi kawasan sekolah kerana pelajar sekolah suka bermain di tepi jalan






  • Prihatin kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua kerana mereka mungkin tidak nampak kedatangan kereta anda






  • Sentiasa memberi laluan kepada pejalan kaki yang menhampiri atau berdiri di jalur lintas, berhentikan kereta untuk mereka melintas. Jangan sekali-kali memecut atau menekan petrol untuk menakutkan mereka.






  • Sentiasa berhati-hati apabila memandu di kawasan pusat membeli-belah kerana biasanya pejalan kaki melintas jalan berkumpulan.
    Penunggang Motorsikal:






  • Sentiasa berwaspada dengan penunggang motorsikal semasa memandu. Pastikan anda sentiasa melihat titik kabur untuk melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas. Sebaiknya, and menoleh ke belakang untuk kepastian.






  • Berwaspadalah kepada penunggang yang menunggang keluar masuk lorong sesuka hati kerana arah tuju yang tidak menentu.






  • Berhati-hati ketika di persimpangan jalan kerana penunggang motorsikal boleh muncul dengan tiba-tiba dan anda mungkin tidak menyedari kedatangan mereka.






  • Jangan memecut apabila ada penunggang motorsikal yang cuba memotong anda.






  • Sentiasa berwaspada apabila penunggang motorsikal cuba mengelak lubang atau halangan di jalan raya.
    Penunggang Basikal:






  • Pastikan anda menjarakkan kereta sekurang-kurangnya 6 kaki apabila melepasi penunggang basikal untuk mengelakkan mereka dari terkena pergolakan udara yang dihasilkan oleh kereta anda.






  • Berwaspada setiap kali penunggang basikal cuba mengelak lubang di jalan raya.






  • Sentiasa berwaspada dengan kehadiran penunggang basikal di persimpangan jalan.

    1 comment:

    Unknown said...

    Pandu, tunggang dan jalanlah dengan selamat.
    Anda mampu mengubahnya.
    Hehehe... iklan kejap.

    mai-mai tukar link