"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Tuesday, July 19, 2011

:: cinta Wook Kundur & Noor ke Kota Suci ::

KUALA TERENGGANU – Warga emas, Wook Kundor dan suaminya yang ke-23, Mohd Noor Che Musa, akan meluangkan masa selama empat bulan di Mekah sekali gus menunaikan ibadah haji di sana.
Mohd Noor, 39, berkata, dia ingin memohon pada Allah agar dapat dipulihkan daripada masalah ketagihan dadah yang sedang dialaminya.
“Saya ingin berdoa di hadapan Kaabah bersama isteri saya agar saya dapat dipulihkan daripada masalah ketagihan ini.
“Saya berjuang untuk mengatasi masalah ini setiap hari dan saya benar-benar berharap agar menunaikan Haji dapat memulihkan masalah saya,” katanya semalam.
Mohd Noor telah ditangkap atas kesalahan dadah pada bulan Ogos tahun lalu – sebulan setelah dia dibebaskan dari pusat pemulihan selama 18 bulan.
Dia dikeluarkan dari pusat pemulihan tersebut pada Januari.
Wook Kundor, yang juga dikenali sebagai Mek Wook, menjadi popular apabila wanita yang berusia 109 tahun itu telah berkahwin dengan Mohd Noor yang jauh lebih muda darinya pada tahun 2006.
Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Mohd Noor dan ke-23 bagi Mek Wook.
Mohd Noor berkata bahawa dia mengahwini Wook Kundor kerana pegangan agama wanita itu yang kuat.
Manakala Wook Kundor berkata, dia mampu menjaga suaminya yang dipanggil ‘Noor’ itu supaya sentiasa berada di sisinya melalui ‘teknik urutan’ yang telah dipelajari dari nenek moyangnya.
Bagi menunaikan haji, Mohd Noor berkata bahawa dia berdoa agar dia diberikan kekuatan untuk menjaga isterinya.
“Kami telah melalui banyak halangan dalam perkahwinan kami namun saya tetap ingin membuatkan isteri saya gembira. Dia adalah seorang isteri yang setia walaupun saya dilanda dengan pelbagai masalah,” katanya lagi.
Wook Kundor berkata bahawa ini adalah kali kedua dia menunaikan haji. Kali pertama pada tahun 1980.
“Kali ini adalah lebih bermakna kerana saya akan menunaikan haji bersama suami,” tambah Wook.
Pasangan ini akan berlepas ke Arab Saudi pada hari Jumaat depan.


mynewshub




jodoh di tangan Tuhan.....setinggi dan sejauh mana kita berlari..kalau die jodoh takdir kite sehidup semati ia tetap akan bersama kita....

1 comment:

cheqna said...

memang tok wook ni masih kuat cuma telinga dan mata dia jelah tak berapa nampak dan dengar...
tok wook ni klien kami...

mai-mai tukar link