"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Wednesday, April 20, 2011

::nasi lemak makanan larangan + resipi nasi lemak::

ai ia ia.....sape suke makan nasi lemak..angkat tangan...ha 1 tu 2 ha tu 3 4 5 6 7 .....10...121....
ha tengok ramai yang suke....resepi turun temurun itu nasi lemak..just sedap tak sedap je kan...
tibe-tibe je nasi lemak ni dijadikan makanan larangan di sekolah..adeh pedih nyer...da la aku suke nasi lemak..huhu..tapi aku tak besekolah lagi..ihihi...
kenapa plak tak boleh makan ni??jadi larangan plak tu??
erm sebenarnya nasi lemak ni banyak lemak la...ley buat kanak-kanak sekolah menjadi obesiti...boleh makan nasi lemak tu tapi tak boleh hari-hari..
ok bile da obesiti ia akan melarat - larat ke penyakit yang lain contoh sakit jantung..sakit hati..sakit paru-paru ,sakit lutut dan macam-macam lagi la...efek dari tu banyak sangat dan menbahayakan..

info obesiti

>> obesiti bermakna pengumpulan lemak berlebihan didalam badan
>> kajian mendapati hampir 3 juta rakyat melaysia mengalami masalh kegemukan atau obesiti pada tahun 2000
>>sebanayak 25.6 peratus masyarakat india adalah gemuk,melayu (22.4%) dan cina (19.5%)

risiko obesiti 

-penyakit kardiovaskular
-strok
 -tekanan darah tinggi
-batu hempedu
-diabetes
-paras kolestrol tinggi
-gout
-sakit kepla
-sukar bernafas
-osteoartritis spina,pinggang atau lutut
-gangguan pembuangan air kecil
-penyakit hati
-barah usus
golongan obesiti

*mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berbanding ukuran ideal
*indeks jisim badan(bmi) melebihi 40 atau 35

kaedah pengiraan

BMI + berat (kg).......(bahagi)....... tinggi (m) x tinggi(m)

indeks jisim badan status BMI

kurus - kurang 20.6
normal - 20.7 -26.4
gemuk - 26.5-30.9
obesiti -31.0 - 45.2
bahaya -melabihi 45.3 


ha tengok tu kan banyak risiko nyer... 

ok ni na share resepi nasi lemak..da risiko nak share gak..hahha
Bahan-Bahan:
Bahan Untuk nasi lemak:
2 cawan Beras
2 ulas bawang merah kecil(dimayang)
garam secukup rasa
1 inci halia
Sebatang serai(dititk)
2 helai daun pandan
santan pekat
air masak bahan untuk sambal tumis ikan bilis

Bahan A:
1 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kering

Bahan B:
ikan bilis (goreng)
sedikit ikan bilis tumbuk
bawang besar (mayang)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
Bahan C:
Timun
Telur rebus
Ikan bilis
Kacang goreng

Cara:
Untuk membuat nasi lemak. Cuci bersih beras dan seeloknya direndam selama 1 jam sebelum dimasak untuk menjamin keempukan nasi. Kemudian campurkan semua bahan untuk membuat nasi lemak dan tanak nasi seperti biasa.
Untuk membuat samabl tumis ikan bilis. Tumis semua bahan A kedalam minyak masak. Setelah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan juga bawang besar yang sudah dimayang berserta garam dan gula secukup rasa.Apabila bahan semua sudah mmasak, akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Kemudian boleh hindang dengan bahan c..


tu je selamat mencuba dan selamat mendiet....huhu

luv..

No comments:

mai-mai tukar link