"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Thursday, March 3, 2011

:: sakit kepala ::



Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-ciriny
  1.  Sakit kepala disebabkan ketegangan
  • Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. 
  •  Menyerang pada bila-bila masa
  • Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam. 
     2.    Sakit Kepala Migrain
  • Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau mem- buka terlalu luas. 
  •  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
  • Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
  • Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidir dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid. 
    3.Keradangan Sinus
  • Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postna-sal (pangaliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
  • Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
   4.Arteritis Temporal
  • Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
  • Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
  • Penglihatan terganggu
  • Sakit-sakit pada seluruhbadan.
  • Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
  • Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
  • Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera.
Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala

  • tekanan

  • Keracunan
  • Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
  •  Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur 
  • Kesan-kesan akibat berhenti kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat-ubatan lain 
  • gigi bernanah
  •  Perubahan hormon contoh sindrom sebelum haid (PMS)

Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala
  • Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan   cuba elakkan
  •  Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
  • Mandi   
  • Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala  
  • Tutup mata anda dengan  kain basah
  • Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
  •  Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen,Ubat-ubatan untuk mengatasi ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala. 

jumpa doktor jika masalah tidak dapat di atasi...

No comments:

mai-mai tukar link