"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Friday, November 12, 2010

::kisah hati;:

Tiap kali dia menyatakan hasrat untuk kahwin hati ini sering berkata-kata…adakah aku sudah bersedia untuk menjadi suri hatinye..boleh ke pikul tanggungjawab yang berat tu…soalan ini juga sering ku tanyakan padanya…dia akan kata tak cuba tak laksanakan mana tahu boleh ke tak boleh…setiap apa yang akan berlaku kita mesti sedia tempur…(mentang-mentang die askar nak ikut cam die keje plak) hihi tapi memang itulah kenyataannya… “jangan mengalah kalau tak usaha tapi berasa hati untuk menang bila da cuba tapi tetap kalah”…takut sentiasa diberlenggu otak…yang penting: ikhtiar : tawakal : terima :….jangan mencari kesempurnaan orang lain bila sedar diri ini tidak sempurna…die bukan lelaki yang romentik yang akan bagi bunga setiap kali datang lewat,tak akan bagi coklat untuk pujuk kekasih hatinya bila merajuk,tak akan bagi bear untuk jadikan bear tu sebagai teman masa tidur…dia hanya bagi kasih sayang yang sempurna dan untuk selamanya,dan usaha untuk laksanakan tanggungjawab yang diberi..

cinta ku bukan kerana hartanya tapi kerana iman dan juga kasih sayangnya… Jika cinta memerlukan sebabnya. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Die baik,jujur,pendiam tak banyak cakap,rajin,focus kalau buat kerja,aku ada pun buat-buat tak nampak..….tu yang aku nampaklah..tp apa lagi yang aku inginkan padanya..kesetian? die setia,setia menanti sama juga seperti aku sentiasa menanti,sabar menanti bila waktu untuk berjumpa lagi,payah untuk bersua muka walaupun tinggal tak jauh sangat kerna kerjaya masing-masing kami susah untuk berjumpa tapi sabar,untuk bersama-sama cerita-cerita borak-borak untuk masa yang lama susah bagi kami..…

Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita,kemudian dia datangkan pula dengan dugaan.puas kita menanggis mencari mada orang kesyanag kita,rupa-rupanya Allh nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan…
Nak sentiasa die di depan mata? itu tak mungkin…mungkin suatu hari nanti…
Cinta sejati tidak pernah rasa kesunyian walaupun pasangan tidak ada disisi,perasaan cinta,gambaran kekasih,kenagan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian

Tak garang tapi tegas adalah penderiannya.. : apa yang kita buat,buat betul-betul : nak main,main betul-betul : nak masak,masak betul-betul : ada tanggungjawab pikul betul-betul jangan sampai orang sindir-sindir mengata dari belakang: setiap saat setiap ketika fikir apa yang dia katakan…ada betul nya.. dia tidak pernah mengeluh,tidak pernah mengadu jika punya masalah,aku je yang mengadu macam-macam,mengadu tentang kerja,tentang kesihatan,Kena membebel dulu baru dapat nasihat yang baik yang diberi padaku walaupun kadangkala sindiran yang aku terima..huhu dia tak suka jika aku terlalu manja dengan hal remeh temeh nie..kalau boleh,pikul sendiri jangan menyusahkan orang lain…bukan bermaksud die tak nak masuk campur tetapi berdiri atas kaki sendiri berdikari !!…kalau tak boleh juga pikul baru kongsi..pikul sama-sama…
Sepanjang hubungan kami..tipulah kalau tak pernah ada tanggisan,tak ada pergaduhan (Aku yang selalu mulakan pergaduhan tu) ,tak ada duka,sedangkan lidah lagi tergigit….kalau ada perselisihan faham tu bukan hari tu boleh baik dengan maaf- maaf ni…tapi masing-masing diamkan diri untuk 2 3 hari fikir,semua gaduh ini kerana apa??…pastu baru ok balik..tak buat salah da maafkan bila buat salah dimaafkan juga..
Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,tertawa tanpa kesedihan,matahari tanpa hujan,tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu,kebahagian untuk air mata dan terang dalam perjalanan..
erm dengan bende tulah buat kami selalu jadi matang dalam hubungan ni..walaupun aku ni muda dari die,,,tapi die banyak mematangkan diri ini…selalu tegur jika apa yang dia pandang tidak sedap mata memandang tapi sedap jika orang lain pandang..tegur jika ada yang tak kena… “tak salah rasanya jika bakal suami tegur bakal isterinya untuk kebaikan”
Terima dia seadanya,untuk mencari yang lain,bukan dalam sekelip mata dapat fahami seseorang itu,semua ambil masa…so bila da dapat jaga betul-betul pertahankan hubungan sebaik mungkin…fahami lagi lebih mendalam…ada sebaris kata-kata penah terbaca “bila kita kenal seseorang tu,dalam masa 10 tahun pun tak mungkin kita akan kenal die seratus peratus” jadi dapat fahami okey la tu…
Hormatilah pasangan sebagaimana kita menghormati manusia lainnya. Jangan sampai kita lebih menghormati teman kita daripada menghormati pasangan kita…Hormat penderian masing-masing,bincang elok-elok betul-betul jika perlu persetujuan antara kami,walaupun selalu dan mesti akan bertekak tapi perlu juga berbincang… berharap sangat-sangat yang hubungan kami ini akan berkekalan hingga hujung nyawa…Amin….Sayangilah selagi ada…kepada papa..kamu tetap dihatiku selamanya….
Ya ALLAH,sekiranya ini pilihan yang terbaik bagiku,engkau permudahkannya dan sekiranya ini bukan pilihan yang terbaik maka engkau tunjukanlah kepadaku jalan yang betul,Ya ALLAH kurniakanlah kepadaku pasangan hidup dan anak-anak yang sejuk mata memandang dan jadikanlah aku pemimpin yang bertakwa....

No comments:

mai-mai tukar link