"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Friday, February 11, 2011

:: kejutkan org pun ade cara tau::



Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam
keadaan berikut:

1) Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan
hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak
lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau
menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

2) Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang
solat.

3) Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari
jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana
pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

4) Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi
tidak kena.
Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian
matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan
sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

5) Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh,
beliau mengejutkannya dan berkata:
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

6) Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis
yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang
selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

7) Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia
mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

8) Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam
kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

9)Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang
disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

10)Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah
dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

11) Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail

12) Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.


Selamat Beramal....


No comments:

mai-mai tukar link